Program Sambutan Hari Kebangsaan Perpustakaan Behor Mali
27 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2025, telah berlangsung Program Sambutan Hari Kebangsaan di Perpustakaan Desa Behor Mali bersama pelajar Tadika Al-Islahiyyah Behor Mali.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk perarakan sambil menyanyikan lagu patriotik, aktiviti mewarna kotak papan telur untuk menghasilkan bunga bertemakan warna bendera Malaysia, peragaan pakaian kemerdekaan sambil membaca sajak, serta diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Program ini berjaya memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak serta memberi pendedahan kreatif mengenai erti kemerdekaan. Penglibatan NADI dalam program ini turut memberi manfaat penting dalam memperkukuh imej sebagai rakan komuniti yang aktif serta menyokong usaha melahirkan generasi muda yang cintakan negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: